Assalamualaikum and hye..
Kalau ada satu pesan yang paling aku nak sampaikan pada adik-adik, gadis-gadis kat luar tu adalah isu cinta.
Adik2 kakak, dengarlah. Cinta yang abadi itu hanyalah cinta kepada Allah swt. Apabila cinta kepada Allah swt adalah yang paling utama dalam hidup kita, maka cinta yang lain akan datang. Apabila kita masih bujang, belum berkahwin, maka cinta kita adalah untuk kedua ibu bapa kita. I say this because I also did mistake in my life. How I wish I could turn back time and cintakan Allah swt sepenuh hati dari dulu. Mungkin juga kesedaran belum cukup kuat ketika itu.
Adik2 kakak, dengarlah. Jangan lah dicari cinta sesama manusia itu jika Allah swt belum mahu memberikannya. Apakah tandanya cinta itu direstu Allah swt? Tandanya jika kita masih menjadi diri sendiri, masih menjadi anak yang baik, tidak lupakan agama, sentiasa mengutamakan kedua ibu bapa, maka cinta itu InsyaAllah adalah jodoh dari Allah swt. Kalau bukan jodoh pun, mungkin ada hikmah yang tersembunyi.
Ingatlah, apabila kita sudah tidak jadi diri sendiri dan mengenepikan keluarga sama ada secara sedar atau tidak, thus it is not a real love. Jangan cari penyakit. Kalau kita ketepikan agama, ketepikan keluarga, maka Allah swt bagi cash je, sentiasa ada masalah dalam perhubungan, hati tidak tenang, dipenuhi syaitan. Nauzubillah. Jangan lah menyesal di kemudian hari. Kalau Allah swt masih belum menemukan jodohmu... bersabarlah dan teruskan berdoa kerana Allah swt janjikan kemanisan di hujung pernantian.
Tepatlah. Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Tapi aku percaya, kita semua mampu dapat yang terbaik jika kita kuatkan iman dari mula. Memanglah, ustazah ini hanya layak dengan ustaz yang itu. Tapi ingat, Allah swt sentiasa mengampunkan dosa hamba-hambaNya dan pintu taubat sentiasa terbuka. Kejarlah syurga kita. Sentiasalah meminta ampun. Kalau kita pernah melakukan kesilapan, bertaubatlah dan minta ampun. Istiqamah.. InsyaAllah kita juga mungkin ada peluang di syurga. Aminn
Tak mau ke kita semua ke syurga? Susah kan sebab kita tak nampak. Sebab tu kita kena kuatkan iman. Macam mana nak kuatkan iman dan cintakan akhirat? Bacalah Al-Quran setiap hari, solat sunat setiap hari, jangan tinggal solat wajib, berpuasa, sentiasa lakukan apa yang disukai Allah swt. Please Him because we want His reward. Reward; Syurga Allah swt.
Tak mau ke kita ke syurga? Syurga itu sangat indah. Everything is possible in heaven. Tak mau ke kamu bersama kembali dgn org2 yang soleh yang kamu sayang di syurga? Tak takut ke neraka? Mau ke kamu lihat orang yang kamu sayang di syurga sedangkan kamu dijilat api di neraka?
Ada orang tanya, macam mana kita nak percaya wujudnya syurga dan neraka? Astaghfirullahhalazim. Itu tandanya kita sangat jauh dari Allah swt. Caranya mudah. Dekatkan lah diri dengan Allah swt. Jangan tinggal yang wajib tu. Kalau rasa masih jauh dengan Allah swt, tambahkan yang sunat2 tu, Dhuha, Quran, Tahajud, Witir. Kalau kita sentiasa bertemu dengan Allah swt, maka Allah swt lebih2 lagi mahu berjumpa kita.
A simple example that I can give you. Sometimes, aku rasa macam gelisah macam dah kurang keimanan aku minggu itu, aku akan terus dengar IKIM FM. Please save this frequency on your car radio fav frequency list, 91.6 for Lembah Klang. This is very good for soul. Aku paling suka dengar segmen Ibrah dari Ustaz Syaari Abdul Rahman setiap hari Isnin, 5-6 petang. Sangat menginsafkan. Maksudnya, kalau rasa sudah jauh, cepat2 dekatkan balik iman kita ni sebab sesungguhnya dugaan dunia memang sangat kuat tarikannya. Tapi percalah sahabat-sahabatku, sesungguhnya syurga itu terpaling indah.
nice one
ReplyDeletethank you hana hehe...
ReplyDelete