Oh really need this and got it from
here
Situasi 1
Kesian saya.. Bukannya saya tak nak memberikan susu ibu
sepenuhnya kepada anak saya, tetapi saya bekerja dan tak cukup masa
untuk pam dan lain-lain. Macam mana saya nak makan tengahari kalau kena
pam? Macam mana pula dengan kawan-kawan sekerja saya? Mesti mereka kecil
hati kalau saya tak makan tengahari dengan mereka..
Situasi 2
Susu saya kurang sangat apabila mula bekerja balik. Itu la
sebabnya saya tak memberi anak saya susu ibu sepenuhnya. Dah takdir
macam tu kot..
Situasi 3
Betul ke mampu nak memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak
walaupun bekerja? Bukan tak boleh ke? Saya dulu, susu ibu ada 3 bulan
pertama je. Lepas tu, makin sikit. Lama-lama takda terus. Tengokla
nanti, awak punye pon akan jadi macam tu..
Best x intro tu? hehehe
Sebenarnya sebagai seorang ibu/mak/ummi yang berkerjaya, memang tak
senang nak menjayakan impian kita untuk memberikan susu ibu sepenuhnya
kepada anak2 kita. Kita kena prepare dari segi mental, emosi serta tau
apa yang kita bakal tempuhi pabila kita dah start kerja.. Adakah kita
sanggup atau minat untuk pam susu setiap hari? untuk 2 tahun? kalau ada
anak lagi lepas tu, mungkin extend kepada 4 tahun lagi.. sanggup ke?
hehehehe persoalan yang diri sendiri je boleh jawab
walaupon mengepam ni sungguh mencabar, tetapi dengan ilmu, persediaan
awal dan kesungguhan, tidak ada yang mustahil.. kedua2 ibu dan anak juga
yang akan untung..
Saya sendiri pernah melalui sebagai seorang ibu berkerjaya yang
berniat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak sendiri.
Masa tu tahun 2008… Lama sudah..
Masa tu, pendedahan mengenai breastfeeding ni sangat rendah. Tak
seperti sekarang dah ada peningkatan dan ramai yang sudah mula untuk
menyusukan anak mereka walaupun bekerja. :) tapi apa yang saya dengar
dari ibu2 yang bekerja lain, termasuklah sedara mara sendiri, menyusu
dan berkerja adalah satu benda yang mustahil… Ini kerana kurang
pendedahan dan kurang ilmu dalam penyusuan ini. Macam nak bintang yang
jauh berbilion2 batu tu.. disebabkan situasi tu terlampau mustahil untuk
mereka, mereka terpaksa memberi susu formula kepada anak pada waktu
siang, susu ibu pada waktu malam.. ada juga yang terus berhenti
menyusukan anak mereka dengan susu ibu..
sebenarnya, tiada yang mustahil selagi kita yakin dan mempunyai ilmu /
knowledge yang cukup. Saya percaya, kekurangan ilmu mengenai
breastfeeding ketika bekerja lah yang menjadi alasan utama mereka tidak
dapat menyusukan sepenuhnya anak mereka. (kita ketepikan masalah
kesihatan ke, or any other medical related reason dulu ye)
Disini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya untuk menjayakan
penyusuan susu ibu ketika bekerja full time. Ni sekadar ringkasan.
Mungkin saya boleh buat satu post untuk setiap topik. =)
Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya untuk ibu yang bekerja.
Kita kena mengumpulkan ilmu yang secukupnya berkenaan bagaimana untuk
memberikan susu ibu ketika kita bekerja… Carilah perkongsian ibu2 lain
di blog2 (macam blog ni. hehehe), forum atau group2 mengenai kejayaan
mereka, masalah yang dihadapi dan segala pengalaman2 lain yang boleh
membantu anda nanti. teknik2 mengepam, jadual mengepam, cara simpanan
susu ibu merupakan antara ilmu2 yang perlu diketahui. Sekarang ni, ilmu
ni sangat mudah di dapati. just taip sahaja penyusuan susu ibu.. nah…
berderet…
Melaburla dengan membeli Pam & peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik.
Sekarang ni dah bermacam2 jenis breast pump dengan range harga yang
berbeza2. pilihlah breast pump yang kita rasa selesa. saya mintak tolong
kepada semua, jangan beli pump semata2 kerana nak beli yang branded,
nak sama macam kawan2 atau nak menunjuk2. Bagi saya, kalau mampu,
carilah yang electric double pump untuk menjimatkan masa kita untuk
mengepam susu ibu kita… Kalau tidak mampu, manual pumping pun dah ok…
Lagipun, untuk pengetahuan semua, breast pump yang terbaik dan paling
murah adalah tangan kita.. hehehehe Tak percaya? untuk info lanjut pasal
jenis2 pump dan teknik pam guna tangan. Gunakan teknik Marmet. Boleh
refer kat
post ini.
Even saya guna pam, bila final, saya kosongkan B dengan menggunakan teknik marmet ni. Surprisingly, susu masih banyak lagi…
Selain daripada pam, kita juga perlu sediakan serba sedikit
peralatan/aksesori penyusuan seperti botol/plastik penyimpanan/cooler
bag etc.
Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja.
Mula untuk practice mengepam dan menyimpan susu ibu paling2 lambat 2
minggu sebelum mula bekerja. susu yang dipam dan disimpan ini akan
menjadi stok2 susu ibu kita pada awal2 masa mula bekerja. ini untuk
mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah sebab stok susu
ibu kita sedikit/tiada. Ketika ini juga, start ajar anak kita untuk
menyusu melalui botol. Nanti saya kupas lagi point ni.
Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam.
Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office. Paling
lewat setiap 4 jam sekali. Pukul berapa nak mulakan pagi tu, terpulang
pada kita. Let say start every morning at 8am, jadi setiap hari mesti
pukul 8pagi. Konsisten sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebab demand dan
supply. Itu mesti kena ingat. Bila dah konsisten pukul 8pagi kita pam,
jadi, secara automatik, supply akan tersedia pada pukul 8 pagi tu. sebab
setiap hari demand tu ada. Tu sebabnya konsistensi amat-amat penting.
Skip pumping boleh menjejaskan supply kita juga.
Senang cerita, kalau kita memang setiap hari makan pagi. sebabkan ada
demand sarapan, adala kedai yang buka. cuba imagine, semua bawa bekal
pagi. dah takde yang nak sarapan pagi kat kedai, agak2 kedai tu tutup ke
tak? Hehehheh
Tempat juga main peranan. Masa saya mula2 nak pam dulu, saya akan pam
di surau. Tersangatlah memakan masa.. Sebab nak kena turun naik lif,
lepas tu tinggalkan kerja kat office. Satu hari, bila saya beranikan
diri untuk pam di cubicle sendiri, saya dapat jimatkan banyak masa sebab
saya boleh pam sambil buat kerja..
Time awal-awal tu dah la saya seorang je pekerja perempuan.
Alhamdulillah, kawan2 sekerja lain tak kisah dan mereka pun kekadang tak
perasan langsung yang saya tengah pam. hehehehe Yang penting tutup
segalanya. Kita tetap menjaga aurat. =)
Beritahu majikan anda
Bagi saya, bincanglah dengan majikan terlebih dahulu berkenaan
penyusuan susu ibu ini. Mengenai masa yang kita kena gunakan ketika
mengepam, elektrik (kalau guna pam elektrik) dan segala yang berkaitan.
Mana tahu, kita ada bos yang sgt prhatin dan tidak kisah dgn niat kita
asalkan kerja jalan? Daripada sorok2, end up bos bising asyik hilang
je.. :) Sedikit peringatan untuk kita semua, niat kita untuk memberikan
susu ibu kepada anak2 kita adalah tersangat murni. Oleh itu, peliharalah
kesucian niat itu dengan meminta kebenaran dari majikan untuk
menggunakan elektrik office (untuk yang guna pam elektrik) dan sedikit
masa bekerja untuk pam. =)
Percaya “Saya boleh”..
Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali.. Sentiasa
berfikir positif dan berkata kepada diri “saya boleh memberikan yang
terbaik kepada anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua
halangan dan cabaran.”.. Breastfeeding bukan hanya untuk ibu-ibu yang
duduk di rumah, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang kerja dekat
dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu. Pilihan adalah
di tangan kita. =)