Rasa nak story fasal hal rumah tangga. In general la. Terasa hati, merajuk, miscomummunication dalam marriage tu memang adat la kan. Memang akan terjadi. It just..how do we solve it supaya tak berpanjangan. Ok secara general, kalau saya la, biasa perkara yang akan menimbulkan terasa hati adalah (based on our marriage yang dah masuk tahun ke 4):
1. fasal anak. meaning.. contoh kalau anak tak nak tidur malam2 sedangkan laki bini dah penat kerja. Pastu kalau sorang da tertido and tinggal sorang je nak jaga dua2 sampai kul 1-2 pagi...memang menyinga..tetiba jadi isteri/suami paling garang kat dunia. Bukan tergarang dgn pasangan masing2 je, sampai anak pun kene jerit sekali. Ini semua sebab kepenatan di siang hari. Mula la nak compete dalam pertandingan 'siapa lagi penat di siang hari'..heee
2. Rasa kurang perhatian. Ni biasa I la ye haha.. or should I say most of the wives. Contoh tetiba that one particular week, husband jadi busy semacam mengalahkan perdana menteri Malaysia. Contoh hubby sekarang ni sibuk ngan class masters dia.. He has 3 classes, which means he will come home late on every Monday, Wednesday and Saturday! Pastu, hari2 lain tu busy with works, assignments. So rasa kalau nak share problem ngan dia pun rasa macam "hmm..nanti kacau dia plak nak study lagi". So bila kurang communication, tak boleh nak share cerita macam selalu, mula la syaitan ni menghasut, rasa lonely la ape la..mula la nak buat muka, jawab nak tak nak..bila hubby tanya, jawab "hmm.. x de apa2 la" hehehe
3. Hubby tak pandai pujuk. Kita ni perempuan, bila terasa hati, berjauh hati, mula la ada high expectation hubby akan pujuk macam Richard Gere pujuk Julia Roberts dalam Pretty Woman tu. Hmm..harapan tinggal impian. Ye la..dah ada anak ni..nak tengok anak lagi..nak pk macam2 lagi..tak kuasa ok nak pujuk beria bagai. Bila isteri dok wat muka, layan nak tak nak suami sampai 2 hari, mula la hubby pun malas nak layan, pastu masing2 cakap nak ego je..jawab nak tak nak hahah.. bila hubby buat x tau je, laaagila kita sedih terus rasa hubby dah x sayang kehkeh
Ok..dah bagi contoh. sekarang baik kita cari jalan penyelesaian. Biasa I and hubby kalau terasa hati pun x suka lama2..paling lama 3 hari hihi..hope lepas ni boleh improve pas ni..jadi 1 hari je ke..tak baik masam muka lama2
1. fasal anak ni. lepas I buat research, baca2 rasanya setiap pasangan suami isteri kena bertolak ansur and jangan terlalu dependent kepada pasangan. Maksudnya, kalau balik kerja tu, jangan pasang niat "aduhh penatnya hari ni, nak mintak tolong hubby tengokkan anak2 la..nak tido seround dua ke ok jugak". Tak payah la cik kak2 oiii. I think, as a wife, kita kena sentiasa positif, kene reverse niat "hmm..penatnya hari ni..tapi hubby pun mesti penat..x pe la..I akan try not to fall asleep while looking after them tonight"...so bila x de hope, x de la frust sangat and automatically we will find a way to stay awake. Contoh semalam, I know hubby kena bangun awal pagi ni sbb kene p indon outstation, flight kul 7 pg, so cab amik kul 5 pagi..kul 4.30 kene bangun siap2..so he needs sleep and rest..so dari semalam lagi, I dah pasang niat I yang akan jaga anak2 yang tak tahu nak tido awal tu. And Alhamdulillah, wpun tetlelap jugak at times, ada plak cerita kat tv yg best boleh tengok and baca novel yg x abis2 tu. So pagi tadi hubby bangun pun rasa happy and I know he thanked me for that.
2. Rasa kurang perhatian. Yang ni kene re-set balik minda kita. Boleh baca artikel yang I copy from previous entry tu..bagaima isteri solehah mengatasi masalah... best. Maksudnya.. tak payah la nak rasa lonely sangat. Allah swt kan ada... merintihla dengan Dia. Dia lagi suka. Tak payahla nak menyemakkan lagi otak hubby yang mmg tengah tensed pk fasal kerja and study. Bila ada masa yang sesuai, dia sendiri yang akan datang and berbual ngan kita. Tak payah la rasa kurang perhatian sangat selagi dia layan kita elok2. Maksudnya dia jalankan tanggungjawab dia macam biasa kat kita n anak2, just masa je kurang and communication terkurang. Kurang pun bersebab kan.. tak bangga ke hubby sambung study.. da la boleh improve career dia, and dia buat perkara yang Allah swt suka plak tu..mencari ilmu..so just support him by sacrificing a lil bit of your time together. Mana tahu ada rezeki mendatang..InsyaAllah
3. Hubby tak pandai pujuk. Ok..yang ni I rasa kita mmg kene study character hubby kita betul2. And I mmg dah tau character hubby. Dah 4 tahun kot. Apa yang I nampak, hubby I or most of the husbands out there memang x pandai pujuk. Contoh hari tu..ok ..i terasa hati sbb rasa masa dah kurang sbb dia bz pastu kene hasut ngan setan lagi soh layan hubby nakx nak je, pastu kitorang pegi giant shah alam, konon nak makan kat food court situ sbb air tak de kat umah mls nak cuci pinggan. Dalam kete, x borak sangat, hubby tanya dua patah, i jawab sepatah. hisshh.. tak elok betul perangai. Pastu at one point, hubby tanya soalan tapi i jawab macam dia x berapa nk dengar jawapan, dia pun sound la heeehh.. ntah napa rasa diri ini sudah tidak disayangi (poyo) terus cakap " abg pegila masuk giant dulu ngan fahri, nti b masuk ngan naeem" sambil nangis tersedu2..memang ntah pape..tp mmg rasa hubby cakap kasar mase die sound tu ...so I tahu dia pun rasa bersalah sebab terkasar. Apa lagi, drama la dalam giant tu.. bermula la aktiviti memujuk dia masa kat food court. I know he is not good with words, die segan kot nak pujuk beria..so kita boleh tengok kelakuan dia je la nak tahu dia tengah pujuk ke tak. Dalam food court tu, nampak la effort dia nak pujuk "b nak makan ape.. abg orderkan".. "x pe..b order sendiri" hah..ego kau...pastu tengah suap fahri, dia pn order sizzling mee and makan pastu tanya "b nak sizzling mee?" ..I jawab "x pe la..x nak".. tengah merajuk la katakan. "b nak makan ape..b nak order lain x..ke b nak chicken chop?"... I jawab "x nak la. x pe.. bmakan yg budak2 ni punya je".. hisshh..teruk tul perangai merajuk. Tp I x de la tahap sampai x nak kuar kereta langsung ok. Tu mmg melampau la. Pk la anak2 da excited smpai ke tmpt yg dituju.. x kan la nk buat perangai merajuk tu smpai x pk org lain. So, mase kat food court tu da rase die tgh pujuk just die x reti nak say sorry elok2, romantik2.. x pe la... I pn dok la perangai cam tu smpai ke tgh malam haha. Next day kat office, bile pk2 balik laki aku ni mmg cam tu cara die pujuk, so x payahla nk berangan princess sgt. Tu pn kira om die still nak pujuk. I muhasabah diri. Berdoa and merintih kepada Allah swt.. ya Allah semoga aku ikhlas dengan segala ujianMu, jauhkan la rasa yang tidak baik dlm hubungan kami suami isteri...jauhkan la ego dan sikap pentingkan diri sendiri dlm hubungan kami".. so minutes after that, x tau nape rasa nak say sorry kat dia..so I wasapp dia ckp sorry.. and he replied he pun sorry if ada terkasar and termarah2..die x sengaja...ok..settle..haa..cam tu la selalunya
So, as a wife:
1. Kena faham kesibukan suami
2. Jadilah penyokong suami yang paling setia
3. Jangan serabutkan otak dia dgn masalah2 di kala dia mmg tengah busy
4. Banyakkan mengadu dengan Allah swt.
5. Jangan berangan bukan2
6. Cuba buat semua sendiri, kalau tengok hubby free, baru mintak tolong..kalau hubby jenis suka tolong tanpa diminta mcm my hubby pun lagi bagus
7. Fahami karakter suami. Semua lelaki x sama.
8. Tak payah compare hubby ngan orang lain atau dgn rechard gere dalam pretty woman
9. Buang ego..kalau rasa salah, minta la maaf cepat2
Ya Allah.. Kau jauhkan la sifat ego dan mementingkan diri dari diri kami isteri2 yang ingin jadi isteri solehah buat suami kami..Ameen..
No comments:
Post a Comment