I guess this is a good reading. Betul ke ni...how true is this? Whatever it is, this might help to answer some questions about our beloved husband...
Rintihan Suami Yang Tak Terucap (Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah)
Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan
1. Tidak kisah dan pendiam
o Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
o Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan
o Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
o Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan
2. Tidak boleh dipercayai
o Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami
o Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami
o Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami

3. Lelaki ego
o Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki
o Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas
o Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki

4. Lelaki miang
o Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki
o Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki
5. Lelaki lemah
o Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
o Pada hakikatnya manusia memang lemah
o Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
o Pada hakikatnya manusia memang lemah
Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri
1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.
2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.
3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.
4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~
Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang,
belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”
5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa
lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti
kekasih lama isteri.
6. Isteri jangan bangkang cakap suami
kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan
merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum
seperti agama dan sebagainya.
7. Tolong sokong pendirian dan pandangan
suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem
suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.
8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
o Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
o Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
o Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
o Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan
suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan
menghancurkan hati suami.
10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh
hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian
barulah tegur kesilapan suami.
11. Rintihan suami tentang sex :
o Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
o Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
o Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan
tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya.
Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh
dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.
13. Jika suami merajuk, biarkan kami
sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau
dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik
tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”
14. Suami tak pandai mendengar, isteri
jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan
sesuai seperti masa minum petang.
15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan
perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan
untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love
you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.
16. Suara suami keras tapi bukan tandanya
marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh
control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri
dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita
dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia
sedang bercakap dengan isterinya…
17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.
19. Suami tak larat nak jawab soalan
isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan
isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan
iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”,
“Makan dengan siapa?”.
20. Tolong patuh perintah Allah tanpa
suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan
tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.
21. Suami tak sanggup dengar desakan
isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri
tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas
dan bingung dengan desakan isteri.
22. Suami tak tegur kesilapan isteri
kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih
lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan
tegur dan suka tengok isteri mereka.
23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.
24. Suami tak jawab soalan isteri sebab
jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana
quota vocabulary suami tak banyak.
25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.
26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.
27. Isteri jangan pesan berkali-kali
kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang
dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.
28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.
29. Suami lambat bertindak sebab suami
banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan
ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.
30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.
31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.
32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.
33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.
No comments:
Post a Comment