Assalamualaikum..
Tinggal berapa hari lagi nk sambut Aidilfitri.. tahun ni InsyaAllah.. Jumaat ni (besok) balik Kuantan, pastu maybe Ahad kami satu family bergerak n beraya di Kelantan. Last year tak balik Kelantan, so teringin plak beraya kat Kelantan. Biasanya meriah la klau kat Klate. Pastu maybe raya ke-tiga, balik Ijuk, Perak, kampung belah suami plak. Semoga dipermudahkan Allah swt perancangan kami. Sekarang ni macam2 boleh jadi. Kun Faya Kun. Semua Nya kehendak Allah swt.
Cakap fasal permintaan. Sbnrnya nk cakap fasal anak. Alhamdulillah.. Allah swt mudahkan rezeki aku mendapat anak.. walaupun bukanlah ada 5 anak, tapi sangat syukur Allah bagi nikmat jadi seorang ibu. Ini tahun kelima kami berkahwin, sudah dua anak kami. Fahri 4 tahun, Naeem 2 tahun. Alhamdulillah. Lepas ni mesti orang akan tanya, bila nak tambah?
Seriously, lepas dapat Naeem, semakin Naeem makin membesar, aku rasa biarlah dulu. Anak2 aku dua2 boleh tahan lasak. Biasela anak bijak memang lasak sikit ;p (sedapkan hati). Suami mmg selalu tension bila kami keluar pegi mana2... memang mencabar kesabaran sbb masing2 nak buat hal masing2. Tak terbayang aku kalau ada 3 anak! Aku bukan merungut tapi cuma nak share cerita. Aku x kisah kalau orang tengok aku dok mengejar anak aku kat shopping mall. Aku x kisah kalau aku x dpt join kwn2 borak sangat klau gathering. Aku akur klau tinggalkan mereka di rumah adelah jalan terbaik kalau kami nak shopping. Asalkan mereka sentiasa sihat. Dua2 anak lelaki , faham2 lah..mesti ada gaduh..adik dah pandai cakar muka abg..kuku pendek pun masih tajam lagi. Abang pulak, suka sangat usik adik n kadang2 suka buli adik, mana adik tak geram. Berebut itu berebut ini. Adik pulak, ape yang abang main, semua dia nak. Nasib Fahri pandai jugak mengalah. Tapi itulah anak2 ku. Ada dua, tapi riuhnya macam ada 5 anak. Syukur ya Allah. Walaupun cabaran kami lain sikit, tapi aku syukur. Aku x kisah. Aku berjanji akan cuba menjaga n mendidik mereka sebaik mungkin. AmanahMu ya Allah. Terima kasih kerana terlalu baik ya Allah.
Memang. memang rasa nak anak lagi. Tapi memikirkan yang sekarang ni pun kadang2 tak terkawal, apatah lagi kalau ade lagi sorang. Mungkin tunggu Fahri dah sekolah and Naeem dah boleh berfikir dgn lebih baik. Dan..bila tiba saat itu, aku ada satu permintaan..
Memangla kalau boleh aku teringin nak anak perempuan, tapi itu semua terpulang pada rezeki Allah swt.
Yang lebih aku ingin minta ialah:
Aku ingin sekali menyusu, fully breastfeed sampai umur 2 tahun. Sangat teringin. Sebab tu lah aku teringin nak anak lagi. Fahri dan Naeem dua2 x de rezeki nak menyusu lama. Mungkin x cukup doa dan ikhtiar. Jadi, untuk yang selepas ini, aku sangat ingin betul2 bersedia. Sebab tu aku ingin tunggu naeem besar dulu. Cabaran masa Naeem adalah sbb jarak umur yg terlalu rapat dgn abgnya, so aku hilang focus. Dan of course, tuntutan kerja dan environment yg tidak membantu. Aku sangat teringin kerana di tempat kerja sekarang ni, suasananya sangat membantu, sangat susu ibu-friendly.
Itulah permintaan yang aku harap dapat direalisasikan mungkin 2-3 tahun mendatang. Buat masa ini, semoga aku dapat menjaga dan mendidik FahriNaeem sebaik2nya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment