Antara benda paling penting bila kita dah reach 30's is kesihatan. Memang ada yg dah jaga since muda belia lagi (bagusnya u olls). But untuk orang2 yang sweet tooth memanjang mcm aku ni, 30 is a turning point, of course. Rasa macam oh my... dah tua (have to admit this), dah x remaja, dah tak 20s.. Boleh?
So..mula la rasa sampai bila nk bake choc cake, kek batik pastu diri sendiri yg habiskan 60% of it dalam masa seminggu? Sampai bila nak makan tanpa kira kalorie.. or at least the negative effect of it?
Dah makin berumur, penyakit pun macam2. Alhamdulillah.. so far belum ada penyakit yg serius. Semoga Allah swt terus panjangkan pinjaman yang ini.
I used to be called as "papan" or "kayu" when I was in school years. Sampai ada my aunt yg stress tiap kali peluk aku "cubala berisi sikit Na...rasa tulang je".. masa tu wpun sedikit tension, tapi tak amik pusing pun sbb I did not do anything wrong. Aku makan macam org lain. Banyak je. Siap bertambah. Sedap gila kot apa je yg mak aku masak. And I have to admit because of my mom la, aku jadi a food lover. I love trying all types of food. And I know which food tastes nice and which is not. Sbb according to my husband, semua food same je pada die hehe. Not for me. If tempat tu first time try x sedap, so I won't come back. Tapi tu la, masa dulu, makan la banyak mana pun, hormon tembam belum mahu muncul.
Start masuk 20s, hormon tembam muncul. Asal makan 2 pinggan nasi je, bahagialah perut dan pinggul ini. Tapi... yang bestnyer, cepat naik cepat pulak turun. Maksudnya, let say minggu tu busy betul, makan pun terpaksa skip2.. 5 kg terus turun. So, boleh plan diet sesuka hati. But still makan je semua benda. Tak fikir too sugarize ke, fatty ke, belasah.
So, bila dah beranak, hormon tembam memang best friend. BFF sangat dekat perut and pinggul. Agak terkejut sebab ingt ke selamanya boleh plan diet sesuka hati hehe. Pastu reaching 30s.. hormon tembam dah susah nk berpisah pulak. Macam liat betul nak pergi. Kalau diet seminggu baru turun 1 kg. Tapi I blame my eating habit. Anak2 tido lambat so tgh2 mlm tu apa lagi cari la makanan. Aku ni, kalau hari kerja, mmg senang sangat nak diet, tapi kalau weekend or cuti, selamat tinggal la. Can not resist.
So, apa yang aku boleh buat sekarang ni, diet on weekdays (x makan nasi or skip lunch) tapi bila weekend je... good bye la cik diet.
Before I get married... my weight was 48 kg (158 cm)
After first child ...... 51 kg
After second child .....53 kg
Now..... 52-55 kg
Satu je yg aku perasan kalau kurangkan portion nasi or x makan nasi..memang nampakla penurunan tu. Makan lauk je. Ada la hasil jugak. Lagi satu, I join zumba skrg. Seminggu sekali je mampu sekarang ni. Tapi Alhamdulillah. Aku pn mmg suka dance dari dulu. I really hope I can reduce my weight to 50 kg before getting pregnant again.. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment