Bismillah..
Rasanya nak kena blog dalam bahasa malaysia sebab macam ada rakan sekerja expatriates yang macam dah terjumpa blog sendu lagi mendu ni. Mana boleh. Haishhh sibuk je hehe
Alhamdulillah...2015 adalah tahun ke 9 aku bergelar pensyarah. Tak pernah u-turn or cuba bidang lain. Mungkin rezeki sentiasa dalam bidang ni. Rugilah tukar kan..pengalaman dah banyak sebagai pensyarah..kalau tukar admin ke...penterjemah ke (bahasa sangat)... jatuhla nilai gaji i olls.
Anyway, sepanjang sembilan tahun ni, sudah 5 institusi pendidikan yang menggunakan khidmat aku (betul ke eja khidmat ni), jadi cuba bayangkan lah dah berapa ribu students yang aku dah ajar and of course dah macam2 jenis students yang aku dapat. Nak nak bila kau ajar subjek English (which all students are required to register regardless which faculties they are from), jadi.. hmm.. tau-tau je lah. Pernah je aku dapat hampir 500 students untuk satu semester. Tak gila tanda essay 500 orang? Silap2 English kau pun jadi broken balik kalau 80% used broken English in their essay.
Marila kita cerita dari mula pengalaman aku mengajar. 4 kali aku jadi lecturer. 1 kali je aku jadi teacher sekolah (sebulan je).. eh pengalaman jugak tu.
1.UiTM Seri Iskandar, Perak.
Satu tahun. My first official job ever. Tak sangka langsung rezeki aku ada sebagai pensyarah bahasa ABP. Masa tu untuk kami yang baru grad dari ijazah ni digelar Pensyarah Part Time / Full Time. Dengan perasaan gamble dan blur ayam betul ke apa aku buat ni, ditemani umi, wan dan adik aku, Myra.. ke Seri Iskandar lah kami. Sangat cepat keputusan dibuat. Excited pun ada. Confuse pun ada. Betul ke aku ni nak jadi lecturer UiTM? Layak ke kak ton? Tapi Kak Ton yakin.. Kak Ton boleh buat. Allah swt dah nak bagi rezeki, buat apa nak tolak. This was the farthest place ever I went to in my life. Nak nangis pun ada. So kat sini, aku ajar students diploma, ajar subjek BEL.. sempatla kutip pengalaman untuk 2 semester. Dah nama uitm, mestila students Bumiputera u olls. Boleh kata semua students aku Melayu lah. Memang sangat best. Walaupun mula2 aku agak segan nak masuk kelas sebab tengok2 anak murid, lebih kurang sebaya je.. Tapi best jugak merasa jadi lecturer muda yang single dan hot (eh????? sory terperasan jap) sampai most of my students memandang aku dengan kekaguman (kahkah). "Miss, mudanya miss jadi lecturer.. Miss... pandainya miss" (Sedangkan UiTM desperate nk lecturer masa tu U olls) hihi..Memang sangat best pengalaman mengajar students diploma uitm dari pelbagai background. The best students ever I had. Rindunyaaaaaa
2. Sri Bestari School, Sri Damansara
Satu bulan. Masa ni sebab tak de kerja sangat. Ok sebelum u olls pk bukan2.. the reason I left uitm perak was because I furthered my master in UM, KL. And lagi satu sebab I homesick gila. Kalau dok KL takdelah jauh sangat balik Kuantan. And yes. Sebab i x rasa i nak jadi orang perak. Too far from my family. Ok..so pindah KL, desperate gila nak kerja, so aku apply la segala kerja and tergerak hati nak walk in hantar CV kat SBS ni sbb depan rumah je alahai...jalan kaki pun boleh. Cantik sangat sekolah ni. It is an international private school. Alhamdulillah.. x sampai seminggu hantar CV, terus dia call I was accepted, tapi start dengan part time dulu, meaning, the pay is based on how many days you work. 100 per day. Ok sangat la kan masa tu? So my students adalah budak2 form 1 and form 2! Ok.. sebenarnya.. aku memang tak yakin nak ajar budak2 sekolah sebab aku ni tak pandai nak garang2, jerit2, suara pun ayu2 gitu hahah sebab tu la aku tak pernah apply kerja kat sekolah. Kalau ada pun sbb no choice. My students juga mostly Chinese. Chinese yang bapak2 diorang bawak Merce or BMW tu..haa yang tu la. Indians ada jugak. Malay pun ada sikit. Fuhhh... English budak2 ni fluent ok! Nervous pulak teacher ni. Takpe. teacher tetap akan control cun dan berlagak pandai..haha. Jadi memang mencabar la ajar bebudak ni.. paling aku frust, lesson yg sepatutnya 40 minit tu kadang2 apa pun tak dapat! yang dapat hanyalah jerit2 marah2 diorang suruh duduk and buat kerja! Adalah satu dua class yang ok tapi aku x rasa adil untuk the students, the school and most importantly untuk the parents. They deserve a better teacher. I can not control their kids in class :( Tapi memang ada students yang baik.. yang suka borak2 ngan aku.. Rindu jugak
3. Unity College International, PJ
Almost a year. Mula2 dapat offer part time je kat sini. Lepas dua minggu they alls contact offered me for a full-time lecturer. Kak Ton apa lagi.. seronok la. Dapat ajar budak besar balik... tak yah jerit2 da dalam kelas. Boleh berlagak macho and control cun balik kihkih. N yang paling best UCI ni sangat dekat dgn UM. Lepas kerja, terus pergi class master. Senang idup. It was a new college so memang banyak lagi yang perlu diimprove masa tu. Kat sini, aku ajar 2 jenis students. First, Nursing students (60) and secondly, international students untuk Intensive Class (10 students). Nursing Students walaupun ramai tapi best sangat ajar bebudak ni. I hope they still remember me and aku enjoy sebab lecturer2 nursing yang lain semua baik2 ngan aku. Nursing students kebanyakannya Melayu, so it reminded me of my uitm student. Lepas rindu. International students pulak ada dari China, Middle Esat, Turky, Korea. Level English diorang sangat low. Memang macam kena pk interesting approach hari2. But, something happened that made me resigning....
4. MSU, Shah Alam
4 tahun. Paling lama setakat ni. Syabas Yana. Sebenarnya, frankly speaking, aku rindukan students MSU aku. Lebih kurang macam students UiTM. Just mereka lebih open dan hmmm daring? hihihi. Manja. yes. manja. Biasalah.. private uni. We serve the students. It's ok. Kak Ton paham. Cakap fasal student Msu, paling banyak Melayu, then Indians, Bumiputeras from Sabah Sarawak and few Chinese. Oh pernah jugak ajar 70 students of Kuwaitis. Students Msu ni tak de la ragam sangat just my advice, whatever it is, try your best to limitkan your relationship with your students. Maksud kak ton...make sure they still consider u as their lecturer.. not a friend. Sebab students MSU mmg sangat friendly.. itulah budaya MSU. That's why diorang ada mentor-mentee program. Tapi aku pulak tak boleh masuk dgn budaya macam tu. Maybe aku ni lebih kepada class-centered lecturer je.. academically.. so..hmmm..tapi 4 tahu u olls! Whatever it is, I do miss my MSU students
5. Current (nama dirahsiakan, kalau pandai cuba teka), Shah Alam
Dah nak masuk 2 tahun. Everything is ok.. super ok except for ... students! haha.. teaching Africans memang kena banyak sabar. Ada jugak from Middle East country. Budaya mereka sangat kasar. Suka berebut. Pergi kelas boleh tak bawak apa2. And for them, attendance tu sangat penting.. tapi tak datang kelas. Bila attendance kosong, marah marah marah and suruh tukar. Tapi dah almost 2 years aku kat sini, aku rasa Alhamdulillah aku masih boleh handle. Kena sangat tenang dan professional. Tapi yang pali aku suka... kebanyakannya very religious.
Kadang2 aku rindu anak ajar students local, aku akan amik part-time teaching kat uni2 lain. Macam Unisel. Pun best jugak students dia =)
Jadi, kat mana pun tempat kita mengajar, macam mana pun ragam students kita, kita kena kuat and be professional! Itulah satu2 nya kepuasan untuk insan bergelar pengajar.
Takutnya dengar. Xpnh mngajar tp pas hbis study kn mngajar. Teaching need experience. Huuu takut jd ketam mngajar anak je nnti. Hehehe
ReplyDeleteSis...kalau u dun mind to share..unity college tu dh shut down kan..year berapa eh..
ReplyDelete